
Anonymous
6 tahun
Saya ada masalah after having oral sex with outsider
Gd evening
Saya mengalami rasa sakit/kepanasan(burning) di saluran air kencing (penis) . Burning / kesemutan ini juga dirasai Di tapak kaki. Selain itu terdapat juga bintik 2 merah di kepala penis & rasa tidak selesa. Timbul juga satu benjol (kecil) di bahagian bawah perut di kawasan bulu.
Badan juga rasa letih & macam nak demam & sakit tekak & also sakit kepala. All this happen after having oral sex with outsider.
- there is no any discharge from penis or any open wound at penis.
Are this is anything related with herpes…?

6 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan kenyataan anda, anda berkemungkinan besar telah menghidap jangkitan kelamin. Jangkitan kelamin merupakan jangkitan yang disebarkan melalui hubungan seks termasuk hubungan seks oral dengan anal. Terdapat pelbagai organisma yang boleh menyebabkan jangkitan kelamin seperti chlamydia dan gornorrhoea serta jangkitan virus seperti HIV dan herpes simplex virus. Orang yang mengamalkan hubungan seks bebas serta orang yang tidak menggunakan perlindungan adalah berisiko tinggi untuk menghidap jangkitan kelamin.
Kepanasan di saluran air kencing itu bermakna bahawa anda telah menghidap jangkitan di saluran kencing (UTI). Jangkitan di bahagian kemaluan boleh merebak ke dalam saluran kencing kerana lokasi mereka adalah dekat bersama. Bintik-bintik merah di bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh jangkitan kelamin di bahagian zakar. Bengkak kecil di bahagian perut anda mungkin merupakan bengkak kelenjar limfa. Bengkak kelenjar limfa di bahagian pinggang dan paha merupakan satu tanda jangkitan kelamin.
Perasaan letih, demam, sakit tekak dan sakit kepala menandakan bahawa anda berkemungkinan mengalami gejala sistemik kerana kuman telah memasuki saluran darah anda dan badan anda sedang berusaha untuk membunuh kuman untuk mengelakkan mereka daripada menjangkiti seluruh badan anda.
Jangkitan herpes simplex virus atau HSV biasanya menyebabkan ruam atau kudis berair di bahagian yang telah dijangkiti. Pesakit juga mungkin mengalami gejala kurang spesifik seperti deman, letih dan sakit kepala. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.