
Sulit
4 tahun
Saya berdarah jenis O
Ubat apa yang perlu di ambil untuk merawat penyakit hepetitis b

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, jangkitan hepatitis boleh dicegah melalui pengambilan vaksin, amalan kebersihan dan penjagaan tubuh badan yang sihat. Ubat untuk penyakit hepatitis merangkumi ubat antiviral, antiemetic, analgesics dan immunoglobin dan ianya diberikan berbeza mengikut individu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.