
Sulit
4 tahun
Saya Disah kan ada peyakit Gonorrhea
selamat sejahtera ,
saya nak bertanya tentang isu keputihan
saya dah berkahwin berumur 26 tahun dan mempunyai anak seorang, mempunyai masalah keputihan agak teruk , sebelum ini saya ada pergi cek up di KK , Saya dan suami di beri Ubat antibiotic dan ceftriaxone injection selepas 2 bulan keputihan saya kembali bwarna hijau , saya habis makan ubat yang diberi Docktor Kk tetapi suami pulak sering terlupa makan ubat tersebut. apa harus saya lakukan doctor … adakah saya perlu ke klinik semula dan baru baru ini saya ada masalah seperti ruam gatal2 merah seperti kurap adakah effect dari virus Gonorrhea tersebut

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jangkitangonorea yang dihadapi. Untuk merawat gonorrhea, ubat antibiotik antibiotik akan diberikan seperti yang anda telah dapatkan dari doktor sebelum ini. Dengan rawatan ini, gonorrhea boleh dirawat sepenuhnya. Namun begitu, selepas pulih, anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan semula. Berikut merupakan langkah bagi mengelak hal ini:
- Gunakkan kondom
- Elakkan bertukar-tukar pasangan
- Dapatkan permeriksaan untuk pasangan anda juga.
Anda perlu menasihati pasangan anda untuk mengambil ubatnya secara konsisten supaya rawatan untuk penyakit akan berhasil.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Kurap biasanya dirawat dengan:
- ubat sapu antikulat
- ubat sapu antifungal
Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Untuk mencegah kurap:
- elakkan bahagian kulit yang lembap
- Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh
- mandikan badan dengan bersih
- Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah