
Sulit
3 tahun
Saya ingin lambatkan period saya pada minggu ini
Hi doctor, saya ingin bertanya, pada bulan lepas saya langsung tidak mengalami period seperti kebiasaannya. Selalunya masuk bulan baru, period saya akan datang pada awal bulan, tetapi sehingga hari ini masih belum juga. Dan disebabkan itu saya risau jika period saya datang pada hujung hujung bulan ini kerana saya perlu outstation atas urusan kerja dan saya tahu jika waktu itu period saya mula datang, kerja saya akan terganggu kerana badan saya akan lemah setiap kali period. Jadi boleh ke saya dapatkan apa apa ubat penangguhan period di farmasi? Sekiranya perlu ke klinik terlebih dahulu, rawatan apa pula yg saya perlu lakukan untuk consume ubat itu? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Secara umum, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kehamilan
Mengenai pertanyaan anda untuk melambatkan haid, kami nasihatkan anda untuk pergi ke klinik berdekatan. Dapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis ubatan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.