
Sulit
3 tahun
Saya mengalami masaalah sakit di bahagian telor zakar Saya yg sebelah kiri
Saya mengalami kesakitan buah zakar disebelah kiri rasa mcm senak dah chek kat Dr tapi dia kata dua2 telor zakar Saya sama saiz so bukan terbelit ,tapi dah berlanjutan 3 bulan on off Saya pun Tak tahu apa puncanya ada kah ini tanda cancer prostate Umur Saya 53

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit pada bahagian testis sebelah kiri disertai dengan rasa senak selama 3 bulan dan anda ingin mengetahui adakah ini petanda kanser prostat. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Struktur testis dihimpit ataupun tersepit sewaktu duduk ataupun baring
- Pergerakan fizikal yang terlalu ganas
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
Namun begitu, masalah yang disebutkan boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Radang testis ( orchitis )
- Radang prostat ( prostatitis )
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Jangkitan penyakit kelamin
- Hidrosele - cecair lebihan dalam buah zakar
- Varikosele - saluran darah dalam buah zakar membengkak
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah ini dan menentukan sama ada ianya adalah petanda kanser prostat ataupun tidak.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.