
Sulit
5 tahun
Saya mengalami penyakit yang saya sendiri tidak tahu
Assalammualaikum saya berumur 19 tahun, saya tak tahusama ada saya ada masalah penyakit apa. saya stress,depress, anxiety or what?? Saya rasa macam nk commit suicide je . Saya insomnia susah tido. Tido asyik terjaga, berat mendadak turun smpai 10 kg, selera makan langsung takde, saya selalu rase goosebumps, kepala saya selalu pening. Even membaca ke duduk kejap bila bangun rse nak pitam. . Saya stresssssssss

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah pening kepala. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Flu.
Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
Masalh emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
Alahan terhadap makanan
Keracunan makanan
Morning sickness (untuk wanita mengandung)
Sekiranya sakit anda berlanjutan sehingga menganggu aktiviti harian atau anda mengalami gejala di bawah, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Berlaku secara tiba-tiba dan parah
Sakit kepala disertai dengan gejala neurologi lain seperti kelemahan, kesukaran berjalan, kekebasan, masalah bercakap, masalah penglihatan dan kekeliruan
Berpanjangan dan semakin teruk
Berterusan disertai mual dan muntah
Berlaku selepas kecederaan kepala
Tercetus secara tiba-tiba selepas batuk, bersin, perubahan postur atau senaman
Mempunyai gejala tambahan lain seperti:
- Sakit kepala belakang atau leher bersama-sama demam, ruam dan kepekaan kepada cahaya - Meningitis
- Kulit kepala sisi yang sakit, sakit rahang semasa mengunyah - Arteritis sel “Giant”
- Masalah penglihatan, kesakitan mata atau kemerahan mata - Glaukoma sudut tertutup aku
Saya memahami tekanan yang anda hadapi. Terima kasih kerana terbuka untuk menceritakan maslalah anda. Anda boleh menghubungi Befriender
03-79568145 iaitu nombor di atas talian yang boleh anda hubungi.
Berikut hanya jawapan umum mengenai masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Semoga anda cepat sebuh dan terima kasih.