
Sulit
4 tahun
Saya mengalami pried berpanjgan
Salam sejahtera n hello… saya ima 28 tahun da bekahwin…saya mengalami pried dari 4.5 sehingga ary ni, 3 jam sekali saya tukar tuala wanita… color fresh blood, saya tidak mengalami ape2 sakit… hanye mabuk xan terasa letih…adakah normal? 16 ary…masih byk dari awal sehingga sekarang…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal.
Sekarang anda mengalami masalah haid berlebihan. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah
- Kesan sampingan suntikan perancang
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan penjelasan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat diagnosis. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.