
Sulit
4 tahun
Saya mengalami sakit di bahagian ari-ari seminggu selepas period dan ada kalanya sakit cuma sehari atau berlanjutan hingga 2 hari
Maaf ganggu doktor.saya ingin mintak pencerahan.Saya dari dulu mengalami masalah sakit di bahagian ari-ari seminggu selepas period dan ada masanya sehari je sakit atau berlanjutan hingga dua hari.Sakit ini akan berlaku setiap bulan seminggu selepas period.Period saya teratur dan apabila sakit yang teramat sgt,saya pergi mengurut dan ada kurang nya.Saya bimbang saya ada masalah ovari…saya belum berkahwin🥺.Saya mintak sangat penerangan yang detail… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang masalah yang dihadapi? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!