
Sulit
3 tahun
Saya mengandung luar rahim
Saya berumur 36 tahun dan saya baru sahaja menjalani pembedahan ektopik 5 hari yang lalu. Saya ingin tahu bila masa yang sesuai untuk saya kembali melakukan hubungan sex dengan pasangan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda telah menjalani pembedahan ektopik, anda perlulah mengelakkan hubungan seks dengan pasangan anda, sekurangnya sehingga sehingga pendarahan dan kesakitan pada luka pembedahan berhenti, biasa sekurangnya 3 minggu. Anda mungkin tidak berasa ingin bersetubuh untuk seketika atau dorongan seks anda mungkin berkurangan selepas pembedahan.
Namun, pembedahan ektopik mungkin akan ambil masa 4 hingga 6 minggu untuk pulih sepenuhnya, supaya tiub fallopio tidak akan terpecah. Sekiranya anda melakukan hubungan sex dengan pasangan seawal sebelum ini, sila amalkan dengan berhati-hati dan lembut, elakkan kerengsaan yang terlampau.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh merujuk kepada doktor bedah anda untuk nasihat atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Sakit Puan.