Sulit
4 tahun
Saya punya pintu kemaluan kecil(labio minora) menjadi kecut dan berubah menjadi hitam.Kedua pintu labio minora saya menjadi melekat menyebabkan saya tidak selasa seperti ada benda keras di kemaluan saya
Saya berusi 21 tahun.Adalah sekiaranya selalu peluk bantal peluk boleh menjadi penyebanya.saya jenis suka peluk bantal kuat2 time tido.
Saya punya labio minora jadi macam kismis kering pastu warna tukar hitam dia jadi melekat dan ia menyebbakan ada benda keras kat sit
Tempat kencing saya sakit
Ada masa time kencing x sakit pun cuba masa x kencing ada rasa sakit
Rasa kebah sikit bila nak sentuh saluran kencing
Keputihah macam berbau keluar pastu jadi masa kat kawasan kencing tu penuh kalau basuh betul2 pun x hilang
Keputihah selalu keluar dan ada air meleh di bawah saya
Adakah labino saya boleh sembuh?apa kemungkinan penyakit yang saya hadapi?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah faraj kering dan berbau ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- menopaus
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
- kurang menjaga kebersihan faraj
- jangkitan kelamin
- radang faraj
- breastfeeding
Keputihan pula boleh disebabkan oleh:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.