Sulit
4 tahun
Saya rasa dada nak pecah kerana tiba tiba nafas menjadi laju jadi saya selalu dan kerap gerakkan atau “bouncing” kaki saya
hi, saya nak tahu adakah normal bila saya tak boleh berhenti “bouncing” kaki saya ? saya kadang kadang gerakkan kaki saya terlampau kuat sebab kalau tak gerak saya rasa jantung saya nak pecah, sya bernafas laju jadi saya selalu gerakkan kaki saya kadang tu sangat laju sampai tak terkawal . bagi sya, kalau saya tak “gedikkan” kaki saya, sya hadapi shortness of breath rasa dada ni macam nak pecah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. (sekiranya ada)
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung- acute coronary syndrome , pericarditis
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia )
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax atau gangguan paru-paru yang lain.
- Batu hempedu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Memandangkan masalah ini mengganggu anda dan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan dan memerlukan info lanjut, sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi


































