
Sulit
3 tahun
Saya sedang browser masalah yang daya hadapi tetapi main konfius. Jadi saya ingin berjumpa dengan doktor. Tapi doktor apa saya tak tahu
Jika saya nak check keadaan vulvar saya yang tetiba naik biji-biji gatal dan pedih. Saya kena jumpa pakar apa ye? Doktor perubatan am atau pakar wanita?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar sakit puan untuk membantu anda dalam mengatasi masalah yang dialami oleh anda. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulit oleh virus, bakteria atau kulat
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.