Sulit
3 tahun
Saya sudah 1bulan tidak period
Saya sudah 1bulan tidak period
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, anda juga berasa sakit perut. Kemungkinan sakit perut anda berkait rapat dengan tempoh haid lewat. Anda perlu berjaga jaga kerana anda berasa keletihan dan berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.