
Sulit
4 tahun
Saya sudah bertanyakan soalan semalam tetapi masih ragu-ragu dengan pemasalahan saya. Tarikh period terakhir saya adalah pada 27 September 2020. Kemudian saya telah melakukan hubungan seks dengan menggunakan kondom pada 2 Oktober 2020
Pada 2 Oktober 2020 iaitu hari yang sama saya melakukan hubungan seks, saya telah mengambil postinor-2 sebagai langkah berjaga-jaga kerana saya bimbang akan risiko kondom bocor tanpa disedari dan air mani sedikit terlepas ke dalam saya. Jadi, seminggu selepas mengambil postinor-2 iaitu pada 8 Oktober 2020 saya dapati ada darah pada pakaian dalam saya dan saya telah mengenakan pantyliner. Pagi ini saya dapati darah pada pantyliner tersebut banyak seperti darah permulaan haid hari pertama. Saya ingin bertanya, adakah logik saya haid sekali lagi sedangkan saya masih dalam tempoh haid hari ke-12. Saya juga mengalami sakit pada pinggul tetapi hanya sedikit seperti senggugut biasa. Adakah darah ini merupakan darah implantasi atau saya period kembali kerana mengambil postinor-2. Kerana sekarang, saya dapati darah mula banyak keluar meskipun tidak sebanyak jumlah period biasa saya tetapi darah yang keluar seakan darah period biasa. Saya keliru sekarang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kekeliruan tentang kehamilan. Haid yang anda alami mungkin kesan daripada pengambilan Postinor-2. Namun begitu, untuk makluman anda, langkah terbaik untuk mengetahui status kehamilan anda adalah dengan melakukan uji kehamilan.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kenali tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih