Sulit
4 tahun
Saya telah disahkan positive covid-19. Setelah quarantine selama 10 hari, apakah akan berlaku jika results pcr masih lagi positive?
Saya berumur 21 tahun, dan telah disahkan positive covid-19 melalui pcr. Saya di-quarantine selama 10 hari bermula 23/5/21-1/6/21. Saya mempunyai demam, pening kepala, batuk kering, muntah selama 5 hari.
Apakah yang akan berlaku jika demam tidak pulih sehingga hari ke-10?
Jika sec swab test menunjuk masih positive setelah 10 hari quarantine, adakah simptom kronik akan menyerang?
4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan keadaan anda yang sementara telah didiagnosa positif COVID-19.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Lazimnya, pemeriksaan kali kedua diperlukan untuk memastikan seseorang itu telah pulih sepenuhnya dan tidak lagi boleh menjangkiti orang lain atau tidak. Namun oleh kerana peningkatan kes harian yang terlampau tinggi, kemungkinan terdapat perubahan SOP berdasarkan arahan terkini dari KKM. Walau bagaimanapun, kemungkinana yang lebih besar adalah waktu menunggu ujian saringan kedua anda hanya akan di tangguh buat sementara waktu atau akan waktu menunggu akan menjadi sedikit lama dari kebiasaannya.
Sekiranya masih positif, penilaian yang selanjutnya akan dilaksanakan bagi mengetahui kondisi kesihatan anda dan kategori jangkitan anda saat itu.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital/klinik yang terdekat sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Selain daripada itu, tetap lakukan kebersihan tangan sekerap mungkin, jauhi diri dari ahli keluarga atau rakan serumah buat sementara waktu dan patuh dengan SOP PKP sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Di samping itu, untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































