
Sulit
5 tahun
Saya +ve Hepatitis b
Saya d sahkan +ve hep b, adakah penyakit ni boleh sembuh, adakah mane2 ubat yang berkesan untuk merawatnya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit Hepatitis B boleh sembuh, namun memakan masa yang lama sehingga lebih 6 bulan. Sepanjang tempoh pengubatan, anda harus disiplin dan patuh terhadap arahan pengubatan yang diberikan doktor. Memandangkan anda telah didiagnosa positif Hepatitis B, silakan untuk merujuk ke klinik atau doktor pakar agar dapat diberikan ubat suntikan yang sesuai.
Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.