
Sulit
5 tahun
Sejak 2,3hari ini saya ada perasan zakar keluar cecair pekat seperti nanah
Saya lelaki 20an dan sejak 2,3hari ini saya ada perasan yang zakar saya ada terasa geli sedikit macam gatal’2 dalam saluran kencing dan keluar cecair yang sudah kering melekat pada seluar saya bila bangun pagi. tadi saya cuba picit dan memang ada keluar cecair seperti nanah dari saluran kencing. boleh saya tahu kenapa? adakah punca daripada saya yang sangat kerap melakukan onani…? sakit apa yang saya telah hadapi? bahayakah kalau dibiarkan? harap doc jawab soalan saya ini… terima kasih…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection)
- Masalah batu pada saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.