
im.pawslover
4 tahun
Sejarah lawatan ke hospital selayang minggu lalu di unit mekar(psikiatri kanak2)
Pada minggu lalu anak sy ada pergi ke hospital selayang atas sebab temujanji di unit mekar psikiatri kanak2, tetapi sejak 3hari lalu anak sy telah mengalami batuk, selesma, dan sejak pagi 21mac anak sy mengalami sedikit demam. Perlu kah sy pergi mendapatkan ujian covid-19 untuk anak sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda tentang simptom batuk dan selsema anak anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anak anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain COVID-19, gejala batuk dan selsema boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus lain seperti virus influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja. Unit penyakit berjangkit tidak akan meletakkan bilik kuarantin berdekatan wad lain. Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang diambil seperti pembersihan dan pembasmian dijalankan dengan kerap mengikut protokol.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.