
Sulit
4 tahun
Sekitar bibir tidak selesa rasa merenyam setiap kali haid. Hidung juga kadang rasa kering dan tidak selesa ………………:
Saya umur 22 tahun, setiap bulan datang haid, bibir akan merenyam gatal dan bengkak dan pucat lesi … adakah ia normal atau penyakit? Boleh saya tahu apa puncanya? Dan cara untuk rawat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah yang anda alami dapat berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- kulit yang kering
- dermatitis perioral
- eczema
- contact dermatitis
- alahan
- anemia - dapat menyebabkan gejala bibir pucat; akibat pendarahan haid yang terlalu banyak
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor di klinik, atau hospital berdekatan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!