iesha_chua17
2 tahun
Selalu gastrik walaupun jaga makan
hi saya ni selalu gastrik , dah ada ubat gastrik tapi nak tahu kalau selalu gastrik akan terkena penyakit lain ke? risau jugak asyik gastrik . bila terlebih makan pun tak boleh , makan sikit pun xboleh . so saya nak tahu , kalau sy selalu mcmni akan effect penyakit ap2?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gastritis adalah satu kondisi yang mana lapisan dalam perut terjadi keradangan. Hal ini biasanya berlaku disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria H. Pylori, H. Heilmannii, virus, dan lain-lain
- Autoimun
- Pengambilan ubat NSAID
Apabila kondisi diatas tidak terkawal, biasanya keadaan boleh memburuk sehingga terjadi penyakit-penyakit yang berikut. Antaranya:
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Esophagitis
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.