
Sulit
4 tahun
Selalu rasa nak muntah
Saya berumur belasan tahun. Saya ada gastrik. Gastrik tu akan datang bila saya tak makan je. Tapi yang peliknya, saya makan tapi tetap rasa nak muntah. Bila bangun pagi je, bila sendawa, saya akan rasa nak muntah. Tapi tak muntah pon. Lagipon saya jarang makan pagi. Lepastu haritu dah 2 hari berturut ii saya muntah walaupon saya makan. Kenapa bende ni terjadi ye doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mendapat masalah muntah dengan kerap:
- Masalah gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Saluran makanan yang tersumbat terutama pylorus, esofagus atau disebabkan oleh bendasing
Jadi kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah ini dapat diatasi dan disiasat dengan lebih lanjut.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami masalah yang disebutkan di bawah:
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan mendadak
- Sakit dada dan/atau perut yang mengganggu aktiviti harian
- Muntah berdarah
- Kerap muntah
- Lemah badan
Jika anda mengalami masalah lain dan mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami di atas talian. Terima kasih.