Sulit
4 tahun
Selalu rasa pening, loya dan nak termuntah
Hi. Saya perempuan berumur 21 tahun. Saya selalu rasa pening2 walaupun saya sedang duduk ataupun baring. Kadang2 pening tu sampai rasa loya dn nk termuntah. Bmi saya normal. Bp saya average 106/70. Haid saya pula x menentu.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan pening kepala dan keloyaan. Antaranya:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

































