
Sulit
5 tahun
Selepas ambil postinor2 , boleh tak terus sambung pil yasmin
hi . sy wanita 20’an . selpas sy brsebetubuh brsama suami . sy ad ambil pil postinor2 . dlm masa 24jam . then tablet kedua 12jam slpas pil pertama diambil . soalan sy , adkah sy boleh terus sambung pil yasmin keesokan hari ? ataupun sy kena tunggu haid datang terlebih dahulu , baru boleh sambung pil yasmin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, pihak kami ingin memuji puan atas kesedaran anda tentang kepentingan kaedah perancangan keluarga. Kaedah paling lazim adalah penggunaan kondom serta pengambilan pil perancang gabungan yang mengandungi sejumlah kecil dua jenis hormon wanita, iaitu ethinyestradiol (estrogen ) serta desogestrel (progesteron). Kaedah lain adalah:
- Penggunaan suntikan perancang (Contraceptive Injection) yang diambil setiap 3 bulan.
- Penggunaan alat IUCD (Intrauterine Contraceptive Device) yang boleh bertahan selama 3 tahun
- Perancangan menggunakan pengiraan kitaran haid melibatkan aktiviti seksual antara pasangan di luar waktu subur atau ovulasi
Untuk pemilihan kaedah perancang yang terbaik, doktor pakar perlukan maklumat lanjut seperti sejarah status kesihatan, gaya hidup, kitaran haid biasa serta sejarah pengambilan sebarang ubat- ubatan. Hal ini demikian kerana kaedah kontraseptif mempunyai kesan sampingan tersendiri.
PIL PERANCANG INI PERLU DIAMBIL PADA HARI PERTAMA HAID. Namun, ingat jangan mengambil perancang keluarga sewenang-wenangnya kerana pil ini boleh memberi kesan sampingan. Jika anda mempunyai darah tinggi, migrain, perokok, obesiti dan pelbagai lagi kondisi, ia tidak bersesuaian dengan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut dengan pihak farmasi kami. Terima kasih.