
Sulit
4 tahun
Sendawa tak hilang selepas mengalami gastritis
Hi doktor. Saya mengalami gastritis pada disember tahun lepas berserta dengan sendawa. Doktor sudah beri ubat untuk gastrik dan sendawa. Lepas makan ubat, sendawa dah berkurang. Sendawa kadang² ia kerap dan kadang² tidak kerap. Awal² ni saya mengalami sendawa yang kerap selepas makan. Kadang² ia akan mengeluarkan air sumber dari air masak dan makanan yang saya makan. ia tidak berwarna. kenapa ya doktor, sendawa saya ni tak hilang sejak saya mengalami gastritis tahun lepas? dan saya juga lately ni makan seperti tergesa-gesa lah jugak. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda perlu merujuk perkara ini kepada doktor kerana anda kerap mengalami gejala dan ia mengganggu anda.
Ini mungkin berlaku kerana:
- Refluks asid atau GERD
- Gastritis
- Udara yang berada di dalam saluran pemakanan anda dan menyebabkan sendawa
- Makan dengan gelojoh
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.