
Sulit
3 tahun
Sengal dibahagian kemaluan
Saya baru sahaja bersalin secara normal pada 4.4.2021. Luka jahitan sudah sembuh dengan baik, tetapi sehingga sekarang saya masih merasa sengal-sengal ketika membuang air kecil di bahagian kemaluan. Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sengal/sakit ketika membuang air kecil. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman pada buah pinggang
- Penyakit keradangan pada buah pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih