
alia.yasha03
4 tahun
Senggugut serta muntah
Saya seorang remaja berusia 19 tahun. Sejak awal tahun ini saya sering mengalami masalah senggugut yang sangat teruk sehingga tidak boleh melakukan aktiviti seharian. Saya fikir ini hanyalah masalah senggugut biasa. Namun baru baru ini ketika sedang mengalami sakit senggugut,saya tiba tiba saja berasa mual. Saya pergi ke tandas dan muntah. Muntah saya berwarna kuning serta pahit. Apakah dua masalah ini berkaitan dan apa penyebab sakit senggugut yang saya alami ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah senggugut dan muntah yang anda alami memerlukan maklumat tambahan bagi membezakan sakit senggugut dan sakit perut. Sakit senggugut adalah sakit yang dialami dikawasan rahim dan boleh disebabkan faktor sperti sindrom pra-menstruasi, endometriosis dan masalah ovari seperti ovari terbelit. Sekiranya ia adalah sakit perut, ia boleh disebabkan faktor seperti sembelit, radang apendiks, radang pankreas/hempedu atau jangkitan kuman. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.