
Sulit
4 tahun
Senggugut tanpa haid
hi doktor, sy dh senggugut seminggu… tapi xde haid… kalau upt test ade 2line tapi 1 tu samar x nmpk sngt…
tapi tu la bile senggugut tu rase stress…
payudara kadang2 denyut… kdg2 gatal kt nipple…
sblm ni kalau sy nk period x pernah mcm ni lg…
ada kah sy tanda hamil

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap kehamilan anda. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Keletihan
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”), mual
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi / Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala , Sakit belakang, Pening, Bengkak pada kaki (edema)
-Kerap membuang air kencing
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Senggugut yang anda alami tanpa haid beserta payudara menjadi gatal adalah bukan tanda awal hamil.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih