
Sulit
4 tahun
Sepatutnya tarikh datang period tapi.darah keluar sedikit warna merah coklat dan keluar sedikit waktu berjalan dan ketika bangun pagi.terlalu sedikit dan tidak mengalir.sudah lebih 3hari
Sepatutnya tarikh period tetapi hanya sedikit darah yg bwarna coklat merah tidak mengalir banyak dan hanya keluar ketika waktu pagi bgun tidur atau berjalan banyak atau ketika meneran buang air besar.sudah 4hari tapi tidak keluar darah period seperti selalu arakah tanda hamil?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tidak datang haid ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Dalam banyak kes, masalah otot kejang adalah tidak berbahaya. Walaupun kebanyakan kekejangan otot tidak diketahui penyebabnya, beberapa daripadanya mungkin berkaitan dengan keadaan perubatan yang mendasari, seperti bekalan darah yang tidak mencukupi. Selain itu, masalah kejang yang anda alami, ianya boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan otot yang berlebihan
- Dihidrasi
- Ketegangan otot
- Berada dalam posisi tidak selesa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas puncanya diketahui barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.