
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan batuk berkahak apabila ketawa
sy sedar kebelakangan ini, apabila sy ketawa, sy akan mula batuk dengan teruk dan disusuli dengan kahak kadang2 sy termuntah apabila terlalu kuat batuk akibat ketawa,adakah ia normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya walaupun ketawa itu merupakan manifestasi kegembiraan & keseronokan, kita juga disarankan agar sentiasa mengamalkan konsep berpada-pada. Justeru itu, ketawa yang terlalu kuat, terlalu sering atau diluar kawalan kendiri boleh mendatang kemudharatan, seperti trauma tekak dan lain-lain.
Umumnya batuk yang kerap dialami juga boleh disebabkan oleh beberapa masalah, antaranya:
- alahan terhadap makanan, suhu atau persekitaran
- gangguan cemas atau tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan struktur saluran pernafasan
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas yang berat, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.