
syaimaphd
3 tahun
Simptom Serangan Jantung
saya berumur 33 tahun dan obesiti. saya kerap rasa dada sebelah kiri mencucuk2 tetapi nafas saya normal.
saya ingin tahu adakah ini simptom serangan jantung dan di mana saya boleh dapatkan check kesihatan jantung dengan harga yang berpatutan.
terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala sakit dada yang anda alami boleh berpunca dari:
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Gangguan otot atau terseliuh
- Kekurangan rehat atau kepenatan yang terlampau
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Gangguan kelenjar limfa
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- atau gangguan hormon (i.e. tiroid, kencing manis, dll.)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link di bawah bagi nasihat kesihatan jantung. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!