
Sulit
4 tahun
Soalan yang saya ingin tujukan ialah berkaitan dengan pengambilan pil postinor 2, adakah saya mengambil dan makan pil postinor dengan betul atau tidak?. Sekian terima kasih diatas keprihatinan pihak tuan puan terhadap soalan yang saya tujukan?
Saya wanita lingkungan 20’an. Saya dan suami adakan seks pada pukul 11malam(22hb) . Saya telah makan pil pertama pada pukul 11pagi(23hb) selepas itu saya makan pil yang kedua 8pm(25hb) adakah cara saya makan pil postinor btul atau tdk? Adakah peluang untuk saya hamil tinggi atau rendah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan pil postinor.
Untuk pengetahuan anda, ubat Postinor adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual.
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan penerangan yang anda berikan, cara pengambilan tablet pertama adalah betul, namun untuk tablet kedua, sepatutnya anda mengambil pil tersebut selepas 12 jam tablet pertama. Terdapat kemungkinan kehamilan berlaku namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Saya menasihatkan anda untuk sentiasa cakna dengan cara pengambilan ubat di masa akan datang. Anda boleh membaca arahan pengambilan ubat terlebih dahulu pada kotak atau kertas arahan, anda juga boleh bertanyakan ahli farmasi atau Doktor untuk kepastian cara mengambil sesuatu ubat.
Terdapat juga kaedah merancang yang lain yang anda boleh cuba seperti:
- Penggunaan kondom
- Pengiraan kitaran haid mengikut kalendar
- Pil Kombinasi Estrogen dan Progesteron
- Penggunaan alat IUD
Sila berbincang dengan Doktor untuk mengetahui kaedah terbaik untuk anda. Sekiranya anda mempunyai gejala kehamilan seperti haid tidak datang dan morning sickness , sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.