
Sulit
4 tahun
Sskit di bahagian lengan
Sy berumur 41 thn, perempuan.
Sy merasa sakit di bahagian lengan… dari siku ke pergelangan tangan…
Sakit setiap kali sy membengkokkan tangan atau meluruskan tangan dan bila menggenggam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Kecederaan pada bahagian lengan ke bawah
- Kencing manis
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.