rais.abdullah85
6 tahun
Sukar bernafas Dan rasa tersekat di tekak dengan kahak
Saya berumur 34 lelaki. Sejak kebelakangan ni sukar bernafas Dan rasa kahak tersekat di kerongkong. Dada juga kadang kala terasa sakit kiri n kanan, apakah makan simptom2 ni.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru paru
- Selesema biasa
- GERD
- Gastritis
- Angina jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































