
haikalmaidin452
2 tahun
Sukar bernafas kerana hidung sumbat walaupun tiada hingus dan perut rasa pedih seperti gastrik
Saya lelaki 20 an, saya terasa seperti sesak nafas dah kerap sendawa serta ke tut, saya juga risau berkitan covid. Adakah ini berpunca dari gastrik atau sebaliknya

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Untuk makluman anda, masalah sukar bernafas kerana hidung tersumbat boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COViD-19. Antaranya:
- jangkitan virus ‘common flu’
- radang tonsil
- radang pharynx
- jangkitan paru-paru
Walaubagaimanapun, kita masih belum boleh mengecualikan COVID-19. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Kenali Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.