
Sulit
4 tahun
Sukar membuang air besar
Saya wanita 20 an… sblm ni sy ade mslh sembelit dan sy da ubah care pmknn sy. 2-3 mnggu sumenye ok, tkde mslh tp slrg ni sy sukar mengeluarkan najis yg cair dan skit. Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengubatan
- Susu
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Untuk masalah anda sekarang, anda bole menilai semula pola pemakanan anda dalam beberapa hari ini. Sekiranya semebelit tersebut berlarutan sehingga anda tidak membuang air besar untuk beberapa hari walaupun anda makan secara normal, anda hatu merujuk perkara ini kepada doktor berdekatan supaya pemeriksaan lanjut boleh dijalankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.