Sulit
5 tahun
Sukar untuk tidur disebabkan batuk
Hi dokter, semenjak ini saya amat sukar untuk tidur dengan normal kerana apabila mulanya terlelap mata kemunculan secara tiba-tiba dengan terbatuknya sendiri…apakah masalah kesihatan tu?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Umumnya batuk malam dan pagi boleh disebab oleh beberapa masalah, antaranya:
- alahan terhadap makanan, suhu atau persekitaran
- gangguan cemas atau tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan struktur saluran pernafasan
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD, gastritis, dll)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas yang berat, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.


































