Sulit
6 tahun
Suntikan Perancang Keluarga DEPO PROVERA
Doctor saya berumur 33 tahun telah mengambil suntikan depo setiap 3 bulan dari April 2018 sehingga la sekarang Dec 2019…Soalan saya, ada apa-apa kesan sampingan ke jika saya terus mengambil suntikan Depo ini… kerana ada sumber2 yang mengatakan jika suntikan ni diambil berterusan akan mengakibatkan kerapuhan tulang… Dan katanya lagi, suntikan Depo ini sesuai di ambil dalam tempoh 2 tahun pertama sahaja…selepas pada itu perlu menggunakan kaedah lain pulak…Mohon pencerahan jelas yer doctor…Sekian
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid tidak teratur adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan metod suntikan, tersedia perancangan keluarga jenis lain, menurut urutan daripada yang paling efektif seperti:
- Implant
- Intrauterine contraceptive device (IUCD)
- Pil perancang keluarga
- Patch
- Vaginal ring
- Diaphragm
- Kondom lelaki, kondom wanita
- Cervical cap
- Kalendar
- Spermicide
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































