
Sulit
4 tahun
Tabiat saya sejak pkp
Saya lelaki dlm 20an… tabiat saya selalu sgt makan lewat. Bila saya xmakan saya akan berasa nak muntah+susah bernafas. Tapi bila dah makan, saya kembali normal sambil sendawa yg agak bnyk. Adakah ia normal? Tabiat dah sebati dengan diri saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mendapat masalah yang anda hadapi seperti:
- Masalah gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Saluran makanan yang tersumbat terutama pylorus, esofagus atau disebabkan oleh bendasing
Jadi kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah ini dapat diatasi dan disiasat dengan lebih lanjut.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami masalah yang disebutkan di bawah:
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan mendadak
- Sakit dada dan/atau perut yang mengganggu aktiviti harian
- Muntah berdarah
- Kerap muntah
- Lemah badan
Jika anda mengalami masalah lain dan mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami di atas talian. Terima kasih.