Sulit
5 tahun
Tak datang haid selama 2 tahun lebih
Saya tak datang haid selama 2 tahun lebih. Tetapi dalam 3 hari lepas saya ada lendir berwarna coklat kehitaman keluar dari faraj dan beransur menjadi lendir kemerah merahan. Saya ada penyakit ke doktor? Untuk pengetahuan doktor minggu lepas saya ada bersukan secara drastik iaitu berbasikal di atas jalan raya sebanyak 3 kilometer.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 2 tahun memerlukan nasihat dari doktor pakar. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























