
Sulit
4 tahun
Tak pernah datang haid
Saye berhenti perancang keluarga dh 2bulan tpi saye masih lagi belum datang haid lagi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda tidak datang pada waktu yang anda jangka walaupun telah berhenti mengambil pil perancang keluarga selama dua bulan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Persoalan anda tentang hormon anda dengan kitaran haid anda memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor. Ujian darah dan alat sulit perlu dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, terdapat beberapa punca lain untuk haid lewat walaupun anda masih belum berkahwin. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!