Sulit
5 tahun
Tak sure hamil atau tidak
Sy 20 an dan baru berkahwin sbulan lebih lalu. Sy ada tanda2 seperti angin, sakit pinggang, pahit mulut, kerap buang air kecil, loya tp tidak muntah . Sy due period 1 hari tp sy dah check 2 kali upt resultnya samar2 tak tahu negative atau positive. Persoalan sekarang ni sy tak tahu nak puasa atau tidak sekiranya sy hamil sbb sy masih tak pasti hamil atau belum . So patot ke sy puasa ? Sy pesakit jantung berlubang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, haid lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara selaim kehamilan. Antaranya:
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Keputusan UPT biasanya lebih tepat jika digunakan 2 minggu setelah lewat datang haid. Pada awal kehamilan, hormon beta-hcg terlalu rendah untuk dikesan oleh ujian UPT. Anda digalakkan untuk mengulangi ujian ini semula dalam masa 2 minggu. Anda masih boleh berpuasa memandangkan anda tidak sah hamil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























