
Sulit
4 tahun
Takut untuk melakukan hubungan seks
saya sudah lama berkahwin dan masih takut untuk melakukan hubungan seks. keinginan untuk bersama itu ada. saya selalu membayangkan bahawa melakukan hubungan seks itu sakit. suami juga pernah ingin mencuba untuk memasukkan zakarnya tetapi saya menolak kerana takut sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual tidak akan berasa sakit sekiranya dilakukan dengan lembut dan berhati-hati. Sakit ketika melakukan hubungan seksual bermaksud seseorang mungkin mengalami perkara ini:
- Keresahan (anxiety)
- Stres atau tekanan emosi
- Masalah kulit di bahagian kemaluan
- Badan belum bersedia untuk melakukan aktiviti seksual
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang kami tidak sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya dapat berbincang mengenai masalah yang dialami.
Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara ini untuk memastikan anda tidak takut untuk berhubungan bersama pasangan anda:
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai keinginan anda
- Kosongkan fikiran dan tumpukan perhatian kepada aktiviti seksual sahaja
- Menggunakan pelincir untuk mengurangkan kesakitan
- Pastikan anda selesa terhadap pasangan dan suasana bilik
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.