
Sulit
4 tahun
Tanda merah pada kulit
Saya wanita berumur 18 tahun.Sejak bulan 9 pada tahun lepas,saya tidak datang haid.Setelah itu,saya juga kadangkala sakit di bahagian abdomen secara tiba-tiba,pening kepala dan muncul tanda merah kecil yang tidak gatal di sekitar tangan saya sebanyak 2 kali.Saya buntu dan tidak tahu apa yang terjadi kepada saya.Adakah doktor boleh menjelaskan tentang keadaan saya sekarang dan apa tindakan yang perlu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah ovari
- Ketidakstabilan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan
- Masalah hati
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai masalah yang anda alami dan punca di atas hanyalah pandangan kami secara am. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan hanya dapat diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.