
Sulit
3 tahun
Tangan dua belah dari siku ke belakang leher terasa lenguh. Dada dan perut terasa tak selesa. Kesukaran tidur dan bernafas
Saya wanita berusia 29 tahun. Saya mula merasa simptom di atas sejak 3 hari lalu. Sakit di bahagian tulang belakang juga. Bole doctor beri nasihat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lenguh pada kedua belah siku sehingga menyebabkan sakit belakang. Adakah ia betul? Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- rapuh/hakisan tulang
- keradangan sendi
- masalah saraf
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.