Sulit
3 tahun
Tangan kebas sewaktu tidur
Saya wanita berumur 24tahun , sudah berkahwin dan baru 2 bulan habis pantang . Saya nak tanye kenapa setiap kali tidur tangan akan rasa kebas ? Sejuk sikit pun tangan dah kebas2 ? Ade ubat ke doktor ? Kalau tak silap lepas minum air kelapa terus jadi cmni
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas dan bengkak yang sering dialami pada malam hari, boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- gangguan kulit (psoriatic arthritis)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Walau bagaimanapun konsumsi produk yang mengandungi zat potasium yang tinggi seperti air kelapa, pisang dan lain-lain, boleh dikaitkan dengan beberapa kelainan tubuh, seperti kebas, menggeletar dan lain-lain. Namun lazimnya ia memerlukan jumlah atau kadar potasium dalam darah yang begitu tinggi dan kondisi kesihatan yang sememangnya tidak sihat dari awal.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.