Sulit
5 tahun
Tangan kerap menggigil
Assalamualaikum doc…sy berumur 20 tahun. Sy ad pertanyaan…dari sy kecil sy ad masalah anggota badan sy selalu menggigil…paling ketara bhgn tgn. Kalau sy penat n lapar, sy tak boleh nk control tgn sy. Even masa buat experiment masa nk pegang apparatus tgn sy mesti menggigil smpi sy rasa susah nak control. Lepas itu, sy sgt mudah berdebar. Adakah itu perkara biasa? Pernah masa saya nk berlatih taekwando, sy baru pegang kwn sy tapi dia ckp sy menggigil tpi sy tak rasa pon yg sy sedang menggigil saat itu. Bagaimana doc? Sy harap doc boleh menjwab persoalan sy.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tangan kerap menggigil ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit lebihan adrenalin - seperti Phaechromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































