Sulit
3 tahun
Tangan kiri lenguh2 sampai belakang
Sy berusia 36 thn dan menghidapi penyakit darah tinggi dan telah pn dibekalkan ubt darah tinggi oleh doktor. Baru2 ini sy berasa sgt lenguh pada tangan kiri sehingga membataskan pergerakan. Kadangkala sakit sampai ke belakang. Utk makluman sy telah cek jntung dan menurut doktor keadaan jantung ok. Sakit ini telah berpanjangan selama seminggu. Apakah kemungkinan saya dijangkiti penyakit lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kelenguhan pada tangan bahagian kiri sehingga membataskan pergerakan anda. Kemungkinan kelenguhan ini berkait dengan masalah yang penyakit darah tinggi yang anda alami sebelum ini ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang anda hadapi selama seminggu, iaitu:
- Penyakit strok yang boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, atau sebaliknya.
- Kesan sampingan ubat tekanan darah tinggi
- Penyakit jantung yang belum dikenalpasti lebih lanjut
- Kelenguhan tersebut boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
- Masalah pengsarafan seperti multiple sclerosis, iaitu penyakit degeneratif saraf yang kronik.
- Penyakit salur darah jantung tersumbat yang boleh disebabkan oleh artherosclerosis (acute coronary syndrome)
- Masalah am seperti permakanan yang tidak seimbang dan kurang melakukan senaman.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi menjalankan ujian kesihatan yang lebih terperinci mengenai masalah yang anda hadapi, agar mendapat rawatan yang sesuai. Anda juga boleh menanyakan nasihat daripada doktor mengenai ubat darah tinggi yang diberikan sebelum ini bagi menukar kepada ubat yang lebih sesuai dan lebih efektif.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi