
Sulit
3 tahun
Tangan kiri sengal² / dada belah kiri laju
Saya mempunyai simptom seperti tangan kiri terasa sengal dan dada belah kiri laju, apakah sebab nye,? Yang saya perasan bila memakan atau minum yg manis sy akan jadi mcm ni, utk orngrtahuan doctor sy juga memakan ubat neurotec dan bitter nelon utk kurangkan tahap gula di ddalam badan sy, apakah penyakit yang saya alami? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Carpal tunnel syndrome
- Saraf tersepit
- Keradangan sendi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila bertemu doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pergerakan tangan terbatas
- Sakit
- Keradangan
- Sendi bengkak atau kembang
- Gejala mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.