Sulit
4 tahun
Tangan Mengeletar dan mengigir
Saya wanita 30an. Tangan saya mengeletar dan nafas saya pendek bila banyak bercakap. Saya sudah buat ujian darah thyroid dan keputusan masih dalam keadaan normal. Boleh saya tahu apa lagi simptom penyakit apa saya lalui dan ujian apa yang saya perlu saya lalui? Bagaimana saya nak kawal tangan saya mengeletar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tangan yang menggeletar dan menggigil. Untuk makluman anda, antara faktor-faktor penyebab masalah ini adalah:
- essential tremor
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Ujian yang perlu untuk anda jalani adalah bergantung kepada hasil pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor.
Untuk mengetahui secara mendalam mengenai masalah anda, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































