Sulit
3 tahun
Tangan menggeletar dan rasa berdebar
Saya dalam umur 14 saya kekadang merasa berdebar tanpa sebab dan saya perasan yang saya rasa berdebar apabila berhadapan dengan orang ramai dan saya juga selalu rasa tidak sedap hati
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan dalam khayalak orang ramai
Untuk makluman anda, secara normal, jantung manusia berfungsi secara harmoni bagi mengelakkan risiko kegagalan jantung, strok, sesak nafas, pitam dan sebagainya. Jika anda dapati anda mengalami gejala seperti komplikasi diatas, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan echocardiogram dengan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.